Panduan
Adakah speech delay itu autisme?
Ini soalan yang paling kerap ditanya oleh ibu bapa. Jawapannya: speech delay dan autisme adalah dua perkara berbeza, walaupun tandanya boleh bertindih.
Speech delay
Anak mahu berhubung dengan anda tetapi sukar menyebut perkataan.
Autisme
Melibatkan cara anak berhubung: pandangan mata, perhatian bersama, cara bermain dan rutin.
Siapa buat diagnosis
Pakar pediatrik perkembangan atau ahli psikologi klinikal membuat diagnosis autisme. Ahli terapi pertuturan menilai pertuturan dan bahasa.
Halaman ini memberi maklumat umum sahaja. Ia bukan diagnosis. Untuk penilaian anak anda, jumpa ahli terapi pertuturan berdaftar atau doktor.